Tuesday, 1 November 2011

hari pertama saya di PTSS

HARI PERTAMA SAYA DI PTSS


“PTSS” atau nama sebenarnya Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin merupakan tempat belajar saya sekarang. Ia terlatak jauh ke utara iaitu Perlis. Saya merupakan pelajar di jabatan perdangan yang mengambil kursus dalam bidang sains kesetiauasahaan. Paqda mulanya sya sedikit tidak berminat dengnan kursus ini tapi setelah di beri nasihat oleh mama dan abah, akhrnya saya menjejakkan kaki ke sini.

            Hari pertama saya menjejakan kaki ke politeknik ini perkara pertama yang saya nyatakan kepada mama, “ mama besarnya poli nie, habis kurus lah adik”. Melihat persekitaran politeknik ini yang besar ia agak menakutkan saya. Tetapi saya tetap tabahkan hati dan berkata tujuan aku datang ke sini adalah untuk belajar.

            Semasa hari pendaftaran, saya dan keluarga tidak dibenarkan untuk meletakakn keanderaan di atas. Jadi saya dan keluarga serta pelajar lain perlulah berjalan kaki dengan membawa beg-beg yang berat serta kelengkapan diri selama kami di sini. Memang tidak dinafikan ia amat memenatkan walaupun kita hanya perlu berjalan selama beberapa minit. Barang-barang saya telah dibawa oleh abah saya. Abah terlalu seronok kerana saya telah diterima untuk belajar di IPTA sampaikan barang-barang yang berat pun sanggup dibawanya. Nasiblah abah saya masih muda dan mampu untuk mengangkat beg-beg tersebut.

Setelah selesai mendaftar, saya ditempatkan di blok “B5” aras satu. Sepanjang perjalan untuk mencari bilik saya, saya lihat kebanyakan ibu bapa membantu anak-anak mereka untuk mengemas bilik. Yang “si ayah menyarungkan sarung tilam dan bantal untuk anak-anak mereka” dan “ si ibu pula sibuk mengelap tingkap dan menyapu lantai”. Ini kerana ibu bapa mereka ingin member keselesaan bagi anak-anak mereka.

Setelah melangkahkan kaki ke bilik, rakan bilik saya baru seorang. Saya ditempatkan di bilik yang berpenghuni seramai 4 orang. Seorang demi seorang rakan bilik saya masuk kedalam bilik tersebut. Seorang dari Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Seronok berkongsi bilik dengan mereka kerana mereka suka bercakap dan tidak sombong.

Pada sebelah petangnya, ibu bapa perlu pulang ke rumah kerana kami perlu menghadiri satu taklimat. Agak menyedihkan tetapi saya beruntung kerana telah mempunyai pengalaman tinggal di asrama.

Setelah diberi taklimat mengenai minggu suai kenal, kami diberi masa untuk berehat. Jadi peluang yang digunakan sebaik mungkin untuk berkenalan dengan rakan bilik saya dan berkemas. Pada sebelah malam setelah selesai menghadiri solat maghrib,isyak dan ceramah saya pun pulang ke bilik untuk merehat diri. Setelah merebahkan badan ke katil saya berfikir banyak pengalaman manis dan pahit semasa pertama kali di PTSS ini. Alhamdulillah, hingga ke hari ini saya mampu untuk berada disini dan berjaya untuk meguruskan diri saya sendiri. Saya berharap PTSS merupakan pilihan terbaik saya untuk meneruskan pembelajaran saya di sini.  




hope you like it =)

No comments:

Post a Comment