Assalamualaikum,
Apa khabar semua?persiapan untuk Hari Raya Korban dah siap ke? Ketupat dah buat? Lemang dah bakar? Kuih dah susun ke dalam balang ke? Harap-harap semuanya dah siap-siap belaka, maklum lah raya korban pun tinggal lagi berapa hari ja kan,,
Persiapan saya untuk Hari Raya Korban kali ini masih tidak lengkap sepenuhnya lagi. Tapi apa yang penting baju raya dah siap!!"yeayy", seronoknya. Mau tidaknya baju Hari Raya Aidilfitri terpaksa ditunda kepada Hari Raya Aidiladha. Semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas, baju raya saya hanya siap sepasang ja, itu pun separuh sahaja, mamalah terpaksa menyambung kembali menjahit baju raya tersebut hingga sempurna.
Ok, sebenarnya entry saya hari ini untuk menceritakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa hari raya. Sebenarnya cerita ini berlaku semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Agak menyedihkan semasa menullis cerita ini, tapi memandangkan ini merupakan satu tugasan, jadi saya gagahkan hati ini untuk bercerita kepada semua rakan-rakan.
Semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, saya dan keluarga telah kehilangan ibu saudara yang amat kami sayangi. Walaupun agak sedih tetapi kami redha dengan pemergiannya kerana Allah lebih menyangi dia. Ibu saudara itu saya gelarkan sebagai " MakJang". Makjang merupakan seorang yang amat cekal dan tabah dalam menghadapi penyakitnya. Walaupun dia sakit tetapi dia kuat untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan menatu. Makjanglah yang banyak membantu kami untuk menjaga nenek saya yang sakit tanpa berkira apa-apa pon.
Makjang juga sangat rapat dengan saya. Saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh nya. Apa sahaja yang kurang pasti dia akan membantu. Setiap kali musim perayaan dia pasti akan membeli baju raya untuk saya dan keluarga. Semasa hari raya tahun lepas dia hanya membeli kain yang belum siap dijahit untuk saya. Kebetulan hanya baju tersebut yang siap semasa hari raya lepas dan baju itu lah saya pakai semasa mengeringi dia untuk dikebumikan.
Seminggu sebelum hari raya datang makjang telah jatuh sakit. Dia telah dibawa pulang ke kampung halaman nya iaitu di Perlis. Sehari sebelum menjelmanya Aidilfitri, pada petang tersebut pakjang telah menghubungi kami dan dengan sebaknya pakajang menyatakan yang makjang sedang nazak di hospital.
Semasa kami dalam perjalanan bertolak ke Perlis makjang telah pergi untuk selama-lamanya dan pada hari raya tersebut dia telah dikebumikan di Perlis. Perasaan hiba menyelubungi hati kami sekeluarga pada hari raya tersebut. Terkenang diingatan kami, laksa pedas buatannya setiap kali hari raya. Namun kami redha atas pemergiannya dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-fatihah,,,,
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment