Thursday, 27 October 2011

haiwan kesayangan saya

HAIWAN KESAYANGAN SAYA

             Haiwan kesayangan saya merupakan seekor kucing. Bulu dia sangat lebat. Tetapi hanya dibahagian ekornya sahaja. Bulunya bewarna hitam bercampuar dengan warna oren sedikit dibahagian bawah badannya. Nama nya ialah Albiena. Kami sekeluarga lebih suka memanggilnya ‘nyanya boneng’. Kami mengambilnya daripada ahli keluarga terdekat. Albiena merupakan kacukan daripada kucing siam dan kucing biasa dan disebabkan itu lah hanya ekor dia sahaja yang kelihatan seperti kucing siam.

            Albiena ini merupakan seekor kucing yang amat istimewa kerana dia suka makan durian. Bila sampai sahaja musim durian, abah mesti akan membeli buah durian. Baru sahaja abah sampai di pintu depan Albiena terus berlari dan mencium-cium plastik durian tersebut. Bila dah buka durian itu dia lah yang pertama sekali nak makan durian itu. Kalau bagi makan sebijik pun tak cukup. Selepas dah habis makan baru lah dia merasa “ting-tong” pening lalat dan terus tidur sampai tidak tidak sedar diri.

            Satu lagi kelebihan Albiena, dia tidak suka membuang najis dia di merata-rata tempat. Pergi sahaja kemana-mana tandas juga yang dia cari. Ini dapat menyenang kami untuk membersihkan najisnya itu.

            Albiena juga amat memilih pemakanannya. Ini kerana perutnya amat sensitif. Jika dia hanya makan ikan yang tidak direbus dia mesti akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Jadi Albiena hanya makan Whiskas sahaja. Kalau dari sudut kewangan memang lah agak menyusahkan tetapi kerana sayang Abah membeli juga tanpa berkira.

            Albiena amat disayangi oleh seluruh ahli keluarga kami kerana sifat nya yang amat lincah dalam bermain. Dia pantang melihat orang bergerak. Selalunya kaki kami lah yang selalu menjadi mangsa terkaman Albiena. Tetapi albiena jarang diberi kebenaran keluar oleh abah kerana takut dia tidak tahu untuk pulang ke rumah. Pernah satu hari penat saya mencarinya dimerata-rata tempat akhirnya jumpa juga saya dengan Albiena yang sedang bermain cinta dengan Tom Jerry si kucing jantan.

            Selepas daripada kejadian itu, Albiena semakin hari semakin gatal. Habis kesemua ahli keluarga kami menjadi mangsa dia untuk dijadikan tempat untuk dia menyondol bagi mendapatkan simpati untuk bersama semula dengan Tom Jerry tersebut.

            Akhir sekali Albiena terpaksa diserahkan kembali kepada ahli keluarga kami yang memberi dia kepada kami kerana kakak saya telah pun melahirkan seorang anak. Disebabkan takut akan alahan kepada kakak dan baby Afiq Albiena pun terpaksa dipulangkan semula. Hingga kesaat ini saya masih terkenangkan perlakuannya yang sangat lincah itu. Hingga ke hari ini Albiena masih hidup dan selamat melahirkan enam ekor cahaya mata. Semoga Albiena bahagia di samping keluarga barunya.

Ini lah Albiena “si nyanya boneng saya”

Ini gambarnya semasa tidur. Agak tidak senonohkan, tapi ini lah kucing kesayangan saya.


* my assingment ler,, =)

hope you like it =)

No comments:

Post a Comment