Friday, 25 November 2011

oh tidakk!!

Assalamualaikum,,

hyepp sumer,,,

Masuk hari niey dh dkt seminggu aq sakit mata,,sakit lorh,,bla nk tnduk rse mcm nk tersembol bjik mta den nieyh,,gtai nya tuh mmg x t'kta2 ler,,very de gtai2,,,tp mama psan jgn garu kang lagi truk,,mata aq skrg semakin merah dari hari kehari,,dan pedih sgt2,,,



anyway,,da x sape2 da petua pa2 yg b'guna yg bole mmbantu untuk pemulihan mata saya,,hope korang sume leyh bantu pejah,,

ok,,daaa korang,,,

Asslamualaikum..

* note paling penting : bukan nk ngande2 or sje2 nk mnunjuk but nk mntk tlg korang,,hope bole bntu pejah =(,,





hope you like it =)

Tuesday, 22 November 2011

SAKIT MATA (",)

Assalamualaikum,,

Hye sumer,,,apa khabar??hope sume chat2 kan,,

Pejah baru jer abes sem 2,,blik2 x dan bape hari dah kena (sakit pungkuq) hahaha,,itu kata-kata orang tua2 dulu,,sakit pungkuq 2 sakit mata ler syg2 ku sekalian,,hahahaha,,

Pejah dah rase lain mcm jer mata niey dah dua hari,,tp pg td bgun2 jer mata bertaik n ssh jgk ler nk bkak,,then terus g amek ubat,,kena ler RM28.00 hinggit,,x lega jgk x taw ler,,Pejah dah berusaha just tawakal jer n hope mata niey cpt sembuh,,

mata yang sakit,,mama ckp kalo sakit dua2 belah terus mungkin cepat sembuh,,hope like that so,,bila mata sakit,,ke-sepetan pun mula terpancar,,jiran2 sume pggil aq ank cina "lah latang",,hahaha,,"dah datang ler mksud nyer 2,,hahaha

Sakit mata niey mmg pedih sgt,,mcm patah hati 2,,thn gatai sume ckp,,mkn pun nk kna pntg,,mknn laut x leyh mkn,,dh favouriteeeee 2,,tp x per ler,,sabar kjap kn,,mama ckp nnti dh lega nk mkn sampai tertonggeng-tonggeng pun x per,,hahaha,,

Org tua2 ckp kalo nk cepat sembuh kita bagun awal pgi 2 thn kita amek sikit air kencing kita thn sapu dekat mata,,memang agak kotor,,tp mama n kakak ckp x try x tau,,tp,,rmai ckp lepa cpt sembuh kalo wat cm 2,,x pa lah pejah try amek ubt dlu,,klo it getting worse i think i should try it,,why not kn??

ok lah,,doktor pesan wat msa niey TAK BOLE TGK TV,TGK LAPTOP,n KUAR MASA TENGAH HARI,kalo nk kluaq kna PAKAI SPEC MATA HITAM,,perghhh,,mmg sdikit malu,,td g GIANT pon org tgk jer aq pkai spec mata lam GIANT uh,,thn pas aq bkk semua org x nk tgk,,baru korang tau,,bkn aq sgja lerrr,,

ok lah,,mata pun dah mula pedih,,kna ikt petua Dr.Cham,,hehehe

daa korang,,nnti pejah dah sembuh,pejah update blog k,,love korang sumerr,,

Assalamualaikum.

hope you like it =)

Monday, 21 November 2011

MALAYSIA BOLEH!!!

Asslamualaikum,,,

Apa khbar hari niey??hope chat2 sume,,

Tgk bola x td,,,de spe2 x mnt bola k kt cniey???,,ruginyer,,amacam korang tgk bola td??best x??mmg terbaek dri ldng kn,,thniah wat psukan kebangsaan kta cos mghadiahkan pnggt mas untk malaysia skaligus mmbenamkan ego psukan lawan,,mreka trlalu yakin mereka boleh mng shingga sggup mghina negara kita,,akhirnya,,,ternyata Malaysia mmg terbaekkkk,,

msa sepakan penalti 2 pejah smpai x sggup nk tgkk,,cos trlalu b'debar sgt,,,kalah pemain uh,,bkn pejah jer b'debar2 seluruh rkyt malaysia jgk berdebar2 td,,x putus2 kmi berdoa untg kmenangan korang,,

tahniah sekali lagi pejah ucapkan kpd korang semua,,korang mmg hero malaya ler,,hope korang smpai ke tanah air dengan selamat,,

keep maintain for perlawanan besok pulak,,km doakan yg terbaek untk korang,,

insyaAllah Malaysia pasti BOLEH!!!!!

I LOVE MALAYSIA <3   ^__^

Asslamualaikum.

terbaek asra,,,walaupun tersungkur,,berjaya jga akhirnya,,terbaek lerrrrr!!



detik2 kemenangan Malaysia,,,^___^


*hope besok bibik2 n pekerja2 Indonesia kt Malaysia niey x mogok ek,, ^__^


hope you like it =)

Saturday, 19 November 2011

aku pasrah,,,,,,,,,,,, :,(

takku menyangka dan tidak ku menduga
akhirnya engkau yang berubah
sekelip mata cinta kita terlerai
dihujani dengan linangan air mata

mengapa engkau dustai cinta kita
dimana letaknya janji setia
yang pernah engkau lafazkan sewaktu dahulu
ingin terus hidup selamanya bersamaku
hingga ke akhirnya...

tinggal lah aku bersama hati yang pedih....
terpaksalah ku telan segala kepahitan.....
sehingga kering air aku menangis.....
bila aku kenangkan nasib yang telah menimpa diriku ini.....

biarkanlah kusendiri meneruskan hidup tanpamu disisi....
kurelakan dikau pergi andai itunya mahumu....
ku menganggap ianya adalah ujian darinya.....
tiada jodoh diantara kita....

aku pasrah aku redha dengan apa yang terjadi.....
ku doakan agar dikau bahagia......di sampingnya.... 

tajuk : aku pasrah
nyanyian : yana

this song make me feel better,,








hope you like it =)

Monday, 7 November 2011

hari raya aidiladha 2011: part 1

assalamualaikum,,,,

apa khabar sume,,sihat ke?? rya niey bnyak mkn daging korban???

kali niey raya korban pejah n keluarga balik beraya kat kg pejah kt Sik,Kedah,,,n niey lah kali pertama kami semua beraya bersama makjang baru kami,,,






semua lauk-pauk kat atas niey sumenyer makjang baru kami lah yang masak,, kami sekeluarga tolong potong2 n MAKAN jerrrrrr,,,hahahaha,,

sekali kena nasi beriyani niey ngantuk giler do,,,sedap glerrrr,, klu g mkn kt kedai niey maw kena paw RM5.00 nieyhh,, nieyhh dpt mkn free,, tggu pa lg bedal smpai 3 pinggan,, mmg terbaekkkkkk lerr,,


niey lah makjang tkg masak km masa hari raya 2,,,nk boh pic masa masak mkjang x pkai tdung,,,sorry k,,

ok lah,,,,

daaaaa,,

assalamualaikum...













hope you like it =)

Thursday, 3 November 2011

pegalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa hari raya

Assalamualaikum, 

Apa khabar semua?persiapan untuk Hari Raya Korban dah siap ke? Ketupat dah buat? Lemang dah bakar? Kuih dah susun ke dalam balang ke? Harap-harap semuanya dah siap-siap belaka, maklum lah raya korban pun tinggal lagi berapa hari ja kan,, 

Persiapan saya untuk Hari Raya Korban kali ini masih tidak lengkap sepenuhnya lagi. Tapi apa yang penting baju raya dah siap!!"yeayy", seronoknya. Mau tidaknya baju Hari Raya Aidilfitri terpaksa ditunda kepada Hari Raya Aidiladha. Semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas, baju raya saya hanya siap sepasang ja, itu pun separuh sahaja, mamalah terpaksa menyambung kembali menjahit baju raya tersebut hingga sempurna.

Ok, sebenarnya entry saya hari ini untuk menceritakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa hari raya. Sebenarnya cerita ini berlaku semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas. Agak menyedihkan semasa menullis cerita ini, tapi memandangkan ini merupakan satu tugasan, jadi saya gagahkan hati ini untuk bercerita kepada semua rakan-rakan. 

Semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas, saya dan keluarga telah kehilangan ibu saudara yang amat kami sayangi. Walaupun agak sedih tetapi kami redha dengan pemergiannya kerana Allah lebih menyangi dia. Ibu saudara itu saya gelarkan sebagai " MakJang". Makjang merupakan seorang yang amat cekal dan tabah dalam menghadapi penyakitnya. Walaupun dia sakit tetapi dia kuat untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan menatu. Makjanglah yang banyak membantu kami untuk menjaga nenek saya yang sakit tanpa berkira apa-apa pon. 

Makjang juga sangat rapat dengan saya. Saya ditatang bagai minyak yang penuh oleh nya. Apa sahaja yang kurang pasti dia akan membantu. Setiap kali musim perayaan dia pasti akan membeli baju raya untuk saya dan keluarga. Semasa hari raya tahun lepas dia hanya membeli kain yang belum siap dijahit untuk saya. Kebetulan hanya baju tersebut yang siap semasa hari raya lepas dan baju itu lah saya pakai semasa mengeringi dia untuk dikebumikan. 

Seminggu sebelum hari raya datang makjang telah jatuh sakit. Dia telah dibawa pulang ke kampung halaman nya iaitu di Perlis. Sehari sebelum menjelmanya Aidilfitri, pada petang tersebut pakjang telah menghubungi kami dan dengan sebaknya pakajang menyatakan yang makjang sedang nazak di hospital. 

Semasa kami dalam perjalanan bertolak ke Perlis makjang telah pergi untuk selama-lamanya dan pada hari raya tersebut dia telah dikebumikan di Perlis. Perasaan hiba menyelubungi hati kami sekeluarga pada hari raya tersebut. Terkenang diingatan kami, laksa pedas buatannya setiap kali hari raya. Namun kami redha atas pemergiannya dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

Al-fatihah,,,,

Assalamualaikum.



 












hope you like it =)

Tuesday, 1 November 2011

hari pertama saya di PTSS

HARI PERTAMA SAYA DI PTSS


“PTSS” atau nama sebenarnya Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin merupakan tempat belajar saya sekarang. Ia terlatak jauh ke utara iaitu Perlis. Saya merupakan pelajar di jabatan perdangan yang mengambil kursus dalam bidang sains kesetiauasahaan. Paqda mulanya sya sedikit tidak berminat dengnan kursus ini tapi setelah di beri nasihat oleh mama dan abah, akhrnya saya menjejakkan kaki ke sini.

            Hari pertama saya menjejakan kaki ke politeknik ini perkara pertama yang saya nyatakan kepada mama, “ mama besarnya poli nie, habis kurus lah adik”. Melihat persekitaran politeknik ini yang besar ia agak menakutkan saya. Tetapi saya tetap tabahkan hati dan berkata tujuan aku datang ke sini adalah untuk belajar.

            Semasa hari pendaftaran, saya dan keluarga tidak dibenarkan untuk meletakakn keanderaan di atas. Jadi saya dan keluarga serta pelajar lain perlulah berjalan kaki dengan membawa beg-beg yang berat serta kelengkapan diri selama kami di sini. Memang tidak dinafikan ia amat memenatkan walaupun kita hanya perlu berjalan selama beberapa minit. Barang-barang saya telah dibawa oleh abah saya. Abah terlalu seronok kerana saya telah diterima untuk belajar di IPTA sampaikan barang-barang yang berat pun sanggup dibawanya. Nasiblah abah saya masih muda dan mampu untuk mengangkat beg-beg tersebut.

Setelah selesai mendaftar, saya ditempatkan di blok “B5” aras satu. Sepanjang perjalan untuk mencari bilik saya, saya lihat kebanyakan ibu bapa membantu anak-anak mereka untuk mengemas bilik. Yang “si ayah menyarungkan sarung tilam dan bantal untuk anak-anak mereka” dan “ si ibu pula sibuk mengelap tingkap dan menyapu lantai”. Ini kerana ibu bapa mereka ingin member keselesaan bagi anak-anak mereka.

Setelah melangkahkan kaki ke bilik, rakan bilik saya baru seorang. Saya ditempatkan di bilik yang berpenghuni seramai 4 orang. Seorang demi seorang rakan bilik saya masuk kedalam bilik tersebut. Seorang dari Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Seronok berkongsi bilik dengan mereka kerana mereka suka bercakap dan tidak sombong.

Pada sebelah petangnya, ibu bapa perlu pulang ke rumah kerana kami perlu menghadiri satu taklimat. Agak menyedihkan tetapi saya beruntung kerana telah mempunyai pengalaman tinggal di asrama.

Setelah diberi taklimat mengenai minggu suai kenal, kami diberi masa untuk berehat. Jadi peluang yang digunakan sebaik mungkin untuk berkenalan dengan rakan bilik saya dan berkemas. Pada sebelah malam setelah selesai menghadiri solat maghrib,isyak dan ceramah saya pun pulang ke bilik untuk merehat diri. Setelah merebahkan badan ke katil saya berfikir banyak pengalaman manis dan pahit semasa pertama kali di PTSS ini. Alhamdulillah, hingga ke hari ini saya mampu untuk berada disini dan berjaya untuk meguruskan diri saya sendiri. Saya berharap PTSS merupakan pilihan terbaik saya untuk meneruskan pembelajaran saya di sini.  




hope you like it =)